Rabu, 15 Oktober 2014

olahraga



Olahraga
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Satu perlumbaan 400 meter lari berpagar wanita pada satu trek luar uretana merah biasa di Stadium Olimpik Helsinki di Finland.
Olahraga trek dan padang biasanya dikenali sebagai olahraga atau trek dan padang adalah satu koleksi acara sukan yang melibatkan larian, balingan dan lompatan. Nama "olahraga" berasal daripada perkataan Greek "athlos", bermaksud "bertanding".
Isi kandungan
 [sorokkan
Acara asal dan hanya satu dalam Olimpik yang pertama pada 776 SM adalah lumba lari panjang-stadium atau "stad", diadakan di trek.
Terdapat beberapa temasya lain diadakan di Eropah semasa era klasik:
Bangsa Celt, Teuton dan Goths yang berjaya menerajui empayar Rom juga meminati sukan olahraga. Namun begitu, ini kerap dikaitkan dengan latihan pertempuran dan tidak dikelolakan dengan baik.
Pada pertengahan abad ke-19, satu organisasi formai pertandingan olahraga ditubuhkan. Ini termasuk kerjasama antara pertubuhan sukan dan sekolah. Kolej Tentera Diraja Sandhurst membuat pertikaian bahawa mereka merupakan kolej pertama yang menubuhkan organisasi olahraga pada 1812 dan 1825 tanpa sebarang bukti . Namun begitu, mesyuarat pertama organisasi olahraga yang dicatat diadakan di Shrewsbury, Shropshire pada tahun 1840 oleh Sekolah Diraja Shrewbury Hunt. Sehingga kini, tiada sebarang bukti yang kukuh yang dapat menyatakan tentang penubuhan organisasi formal olahraga.
Olahraga mula disertakan dalam pertandingan Olimpik pertama pada tahun 1896 dan masih diteruskan sehingga kini. Wanita hanya dibenarkan untuk menyertai acara trek dan padang pada tahun 1928.
Sejak itu, beberapa pertubuhan atau organisasi olahraga telah ditubuhakan dengan giat di Amerika Syarikat. Ini termasuk International Association of Athletics Federations, Amateur Athletic Union dan USA Track & Field.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar